BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 9, 2011

RAHSIA Memburu Jenahak

Seperti biasa gunakan joran dan kekili yang sesuai iaitu aksi sederhana ataupun berat. Ia bergantung kepada keadaan arus sama ada laju atau tidak. Sekiranya arus laju maka kita perlu bersedia dengan peralatan berat terutama joran kerana perlu menanggung beban batu ladung yang berat bersaiz 18-24, kadangkala mencecah hingga 34. Disyorkan anda menggunakan kekili elektrik kerana penggunaan kekili biasa agak memeritkan untuk menampung beban ikan.

Tali perambut tangsi berkekuatan 60-80 paun sepanjang dua meter adalah sesuai. Satu lagi eksesori yang dianggap mudah adalah ragum. Ianya amat penting bagi mengelakkan tali perambut terbelit pada tali utama semasa menurunkan umpan tambahan pula umpan sotong hidup yang amat lincah dan melilau didasar air.

Jenahak adalah sepsis yang bergerak secara berkumpulan. Jadi pastikan antara anda tiada yang berebut atau saling tarik menarik kerana dikhuatiri ikan2 lain akan takut dan makin jauh melihatkan keadaan tersebut.

Umpan sotong cumi dan sotong kurita merupakan makanan utama jenahak. Janggut sotong kurita salah satu penarik kepada jenahak. Kebiasaannye jenahak akan mengulum umpan terlebih dahulu sebelum melarikannya ke dasar 5-6meter. Jadi untuk memastikan jenahak tidak melepaskan umpan, elakkan membuat sentapan terlalu awal kerana jenahak akan memuntahkan semula umpan jika dirasakan ada sebarang sentapan.

Langkah berhati2, biarkan jenahak merentap sendiri umpannya. Satu kelemahan jenahak adalah apabila dipam dengan kuat, ia pasti akan tewas setelah terkeluar pelampung udaranya. Gunakan kesempatan ini untuk mengatasi kekuatan lariannya. Biasanya jenahak akan timbul sendiri apabila telah hamper ke permukaan air dan tidak perlu terburu2 untuk menarik jenahak tersebut.



Hasil yang sungguh menakjubkan....

0 comments: